Thursday, August 5, 2010

Gambar-gambar surau dalam pembinaan

Tuan,

SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBINAAN SURAU AT-TAUFIQIYYAH SHAH ALAM 2, BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR, SELANGOR D.E

Semoga tuan berada didalam kerahmatan dan diberkati oleh Allah jua hendaknya dan perkara di atas adalah dirujuk.

2        Untuk makluman tuan, perlaksanaan projek pembinaan surau di atas telahpun bermula sejak bulan Julai 2009 dan progress terkini ialah sebanyak 90%. (Dilampirkan gambar progress terkini pada 16-05-2010 untuk perhatian pihak tuan)

3        Kos keseluruhan untuk menyiapkan surau ialah  RM 400,000-00. Ketika ini, pihak kami telah membelanjakan sebanyak RM 360,000-00 masih lagi terdapat kekurangan sebanyak RM 40,000-00 untuk pihak kami menyiapkannya.

4        Untuk makluman pihak tuan pihak kami telahpun mendapat kebenaran melalui ruj surat daripada pihak Jais no ruj : (32) dlm.JAI.Sel.BPM/01/46/K.SEL bertarikh 17 Mei 2007 serta surat melanjutkan tempoh mengutip derma daripada pihak Jais no ruj : (48/1) dlm.JAI.Sel.BPM/01/46/K.SEL bertarikh 24 Januari 2008.

5        Pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan sedikit sumbangan derma seikhlas yang mungkin bagi maksud di atas untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Islam di sini.

6        Sumbangan derma tuan bolehlah diberi samada dalam bentuk cek iaitu di atas nama ‘SURAU AT-TAUFIQIYYAH’ atau dimasukkan melalui akaun semasa surau iaitu samada BANK ISLAM : 12038 0100 78849 ataupun MAYBANK : 5621 0621 7193 (slip pembayaran atau resit kemasukkan pembayaran hendaklah diposkan ke alamat 'Surau At-Taufiqiyyah, Jalan Az-Zaharah 10/2, Seksyen 10, Shah Alam 2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan untuk tujuan rekod dan simpanan pihak kami)

7        Akhir kata pihak kami mengucapkan JAZAKALLAHU KHAIRAN KASHIRA di atas sumbangan yang disampaikan dan kami berdoa semoga tuan akan dilimpahi kerahmatan, keberkatan serta mendapat keredhaan daripada Allah SWT.



Sekian, terima kasih.


Yang Benar
Surau At-Taufiqiyyah,


HJ ZAINUDDIN HJ MOHD SHARIFF
PENGERUSI PEMBINAAN
013 - 333 1681

No comments: